Abu Mazen Kembali Menentang Operasi Intifadhah

COMES:- INA Mantan Perdana Menteri Palestina Mahmud Abas “Abu Mazen” menegaskan bahawa Presiden Palestin Yaser Arafat bukanlah “batu penghalang” bagi jalan komrpomi politik antara Palestin dengan Israel, sebagaimana yang dituduh pihak Amerika.

Dalam berita harian al Khalij yang terbit di Uni Emirat Arab, Abu Mazen mengatakan bahawa Presiden Arafat adalah pihak yang dizalimi ketika perbincangan tentang dirinya yang dianggap sebagai “batu penghalang” bagi jalan perdamaian. Menurut Abu Mazen, Arafat adalah orang yang paling fleksibel dalam kancah Palestin. Kerana sekiranya tidak ada dia, pasti tidak ada yang namanya perjanjian Oslo, kata Abu Mazen lagi.

Abu Mazen menambah, “Sesungguhnya saya berbeda dengan Presiden Arafat, namun dia adalah orang yang paling cinta perdamaian. Apa yang perlu Arafat lakukan adalah melakukan beberapa langkah seperti aparatur dan bukan dituntut mutlak untuk memberikan kompensasi politik dan yang lainnya. Kerana masalah ini adalah masalah dalaman Palestin.”

Meskipun dalam realiti politik Palestin nampak jelas bahawa usaha-usaha komrpomi yang dilakukan pemerintah selama ini tidak pernah membuahkan hasil kecuali pengkhianatan Israel, namun Abu Mazen sekali lagi menegaskan bahawa dirinya “menentang operasi intifadhah”. Dia mengatakan, “Bahawa sesiapa yang mengatakan aksi-aksi ini dapat merealisasikan kemenangan adalah angan-angan besar. Tidak ada faedahnya intifadhah ini selama hal itu mengakibatkan kehancuran dan pengusiran.”

Demikian kata Abu Mazen sambil menegaskan
bahawa pendapatnya ini telah diutarakan berkali-kali bermula di saat menjawat sebagai perdana menteri Palestin.

Apa yang diyakini oleh Abu Mazen ini jelas ditentang para aktivis penentangan Palestin yang memilih jihad dan intifadhah adalah satu-satunya jalan untuk membebaskan Palestin dan masjid al Aqsa. Apa yang dilakukan Israel selama ini tidak boleh hanya dinyatakan dengan perundingan, kerana mereka tidak memahami bahasa kecuali bahwa darah dan kekerasan.

Hal yang membedakan antara sikap Abu Mazen dan orang sehaluannya dengan kelompok perlawanan adalah, bahawa kelompok penentangan menginginkan pembebasan seluruh tanah Palestin dari pernjajahan zionis Israel. Sementara itu Abu Mazen dan yang lain-lain berpuas hati dengan hanya mendapat sebahagian wilayah Palestin 67.

Jadi perbezaannya, yang pertama menginginkan pembebasan tanah suci Palestin dan yang kedua menginginkan pembahagian kuasa.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.