Bom Kerana Suka-Suka ?

Jumaat , 27/05/2005 –Rejim Zionis semalam telah dengan sengaja mengebom
sebuah rumah di perkampungan Beit Awwa, 20 km daripada Hebron dengan menggunakan roket.


Pemilik rumah tersebut, Harbi Muhammed Mahmoud Masalmeh berkata rejim Zionis melancarkan roket dan sebahagian besar rumah tersebut musnah sama sekali.

Di tanya akan tujuan roket tersebut dilancarkan, Masalmeh menjawab “Saya tidak tahu, berkemungkinan untuk latihan ketenteran”

Sememangnya dari dahulu lagi rejim Zionis selalu melakukan perbuatan terkutuk ini dan ramai penduduk Palestin menjadi mangsa.