Agen Israel Tidak Dihukum Mati

Selasa , 31/05/2005 –Menurut sumber mahkamah Palestin, mengungkapkan bahawa pihak kerajaan tidak akan menghukum mati terhadap 15 warganya yang bekerja menjadi agen Israel yang terlibat dalam kejadian pembunuhan pejuang-pejuang Palestin.

Seperti yang dikeluarkan oleh Qudspress, keputusan itu diputuskan dalam sidang Mahkamah Tinggi ketika membahaskan tuntutan sebuah jawatankuasa khusus pengadilan yang meminta agar agen Israel itu tidak dibunuh. Sehubungan dengan itu, Palestin meminta kepada Israel agar membebaskan tahanan Palestin.