
Selasa , 09/02/2010 – Pergerakan Hamas mengesahkan pada Ahad lalu bahawa respon mereka di dalam laporan Goldstone tidak mengandungi sebarang permintaan maaf. Pergerakan itu juga menegaskan bahawa penduduk Palestin berhak mempertahankan diri mereka dan menentang pencerobohan Israel.
Dengan keras, Hamas menyelar kenyataan jurucakap Fatah di Tebing Barat dan mendakwanya sebagai fitnah oleh Israel yang ingin menjejaskan imej Hamas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad lepas, Hamas berkata, “Mereka yang meminta Hamas meminta maaf kepada penduduk Palestin dan bukannya Israel adalah pembohong atau berniat jahat kerana maklumat yang mereka terima adalah tidak benar dan direka oleh media Hebrew.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

