Suara Peduli Palestin

Kumpulan Hak Asasi Manusia: Rejim Zionis rancang robohkan ratusan rumah di Jerusalam.

one comment

Rabu , 10/02/2010 - Kumpulan hak asasi manusia Jerusalam telah mengeluarkan amaran bahawa satu pertiga dari populasi penempatan Shiyah di tengah Jerusalem diancam untuk dipindahkan.

Selepas bermesyuarat dengan penduduk kawasan itu, mereka menyatakan majlis perbandaran Jerusalam yang dikuasai rejim israel telah mengeluarkan arahan untuk merobohkan 100 bangunan di Shiyah yang menjadi tempat tinggal 4,000 penduduk dari 15,000 yang menduduki wilayah itu.

Quds Press memetik kenyataan penduduk Palestin di wilayah sebagai berkata majlis perbandaran juga cuba menguasai tanah berdekatan Shiyah untuk meluaskan kawasan perkuburan Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil

Written by admin

February 10th, 2010 at 4:13 pm

Posted in Berita Semasa