Retakan yang merbahaya ditemui di Masjid Al-Aqsa.
Written by admin from http:// on February 12th, 2010 | 3 Comments
Jumaat, 12/02/2010 – Yayasan Al-Aqsa untuk Waqaf dan Warisan memberi amaran Isnin lalu bahawa terdapat retakan besar dan merbahaya di bahagian utara Masjid Al-Aqsa, serta mengesahkan bahawa retakan itu berpunca daripada aktiviti penggalian bawah tanah yang semakin dahsyat dijalankan oleh Israel.
Yayasan Al-Aqsa memberi amaran bahawa retakan sepanjang 7 meter itu berlaku di kawasan berwudhuk, Al-mutwadeat. Setiap hari retakan itu semakin luas disebabkan aktiviti penggalian berterusan oleh Israel.
Yayasan tersebut turut melaporkan terdapat saksi-saksi yang memaklumkan bahawa aktiviti penggalian di bawah Sekolah Al-Omaria yang terletak di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa ataupun lebih spesifiknya di bahagian dinding utara masjid tersebut, semakin dipergiatkan sejak kebelakangan ini dan pihak berkuasa penceroboh (Israel) mengeluarkan debu-debu yang terlalu banyak daripada kawasan itu.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa


February 12th, 2010 at 4:11 pm
Masjid Al Aqsa semakin tenat.Tak kan kita nak tunggu dan lihat ia runtuh begitu sahaja?
Ayuh Syabab! Lakukan sesuatu.
February 12th, 2010 at 7:29 pm
Ya Allah,berilah kemenangan kpd org2 yg berjuang di jlnMu. Amin…..
February 19th, 2010 at 6:02 pm
wak per ckp sajer kene buat la tp skang x der satu negara pon brani tentang israel ckp jer Takut kepada Allah sajer tp israel x brani lwn hampeh….