Mei 2004, Bulan Paling Berdarah di Gaza Sejak Tahun 1967

COMES:- QudsPress Bulan Mei yang lalu mencatatkan sebagai bulan berdarah di Gaza sejak tahun 1967. Di samping jumlah yang tercatat merupakan jumlah terbanyak di Gaza sejak tahun 1967, Jumlah syuhada’ yang gugur mengikut urutan yang terbanyak dari seluruh wilayah Palestin sejak dua tahun terakhir. Demikian menurut sumber berita pejabat Quds Press.

Dalam laporannya, Rabu (02/06), pejabat berita Quds Press menyatakan sumber yang ada di pihak mereka bahawa 129 syuhada’ gugur dalam masa sebulan Mei lalu, 110 di antaranya gugur syahid di Semenanjung Gaza. Sehingga sejak awal tahun 2004 hingga akhir Mei jumlah syuhada’ Palestin yang tercatat mencapai 368 syuhada’.

Jika dilihat mengikut aturan tragedi, bulan Mei lalu mencakupi seluruh wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, adalah kedua setelah peristiwa kezaliman pada bulan April 2002 yang lalu. Israel menggelar operasi yang mereka lakukan iaitu “periai pertahanan” (suur wiqa’i), yang mengakibatkan 300 orang gugur syahid dalam sebulan.

Dengan gugurnya 110 syuhada’ Palestin di Semenanjung Gaza sdalam bulan Mei lalu, maka bulan tersebut merupakan bulan paling berdarah di Semenanjung Gaza sejak perang Arab ? Israel tahun 1967. Artinya, tidak ada jumlah korban yang terbesar seperti yang terjadi dalam bulan Mei lalu selama 37 tahun terakhir di Semenanjung Gaza.

Menurut sumber berita pejabat Quds Press, separuh syuhada’ yang gugur pada bulan Mei syahid di Rafah. Jumlah yang gugur syahid di Rafah pada bulan Mei mencapai 64 syuhada’. Di antaranya jumlah syuhada’ ini, 26 adalah mereka yang berusia 18 tahun.

Kebanyakan syuhada? di Semenanjung Gaza ini tidak terlepas dari peristiwa kezaliman yang dilakukan oleh Zionis-Israel di kampung Zaitun di Gaza yang mengakibatkan 18 orang syahid dan di Rafah sebanyak 64 syahid, 41 di antaranya terjadi dalam kejadian terakhir di kampung Tel Sulthan dan Barazil di Rafah.

Sebelum bulan April 2004, sebanyak 62 orang Palestin syahid kemudian pada bulan Mac sebanyak 93 syahid dan pada bulan Februari tercatat sebanyak 52 orang syahid sementara pada bulan Januari sebanyak 32 orang syahid.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.