3 Pejuang Palestin Selamat Dari Serangan Rejim Zionis

Khamis , 09/06/2005 –3 pejuang Palestin yang merupakan anggota Brigade Qassam selamat dari serangan roket oleh rejim Zionis semalam dalam satu pertempuran di Timur Khan Younis


Saksi berkata, jet pejuang Israel melepaskan roket ke arah mereka dan meletup tetapi tidak mencederakan mereka. Sejurus selepas itu,
mereka berjaya melarikan diri dengan menaiki kereta.

Dalam satu pertempuran lain di Beit Hanun (utara Jalur Gaza), satu kumpulan pejuang Palestin selamat dari serangan rejim Zionis.

Pihak rejim Zionis sekarang telah menggunakan jet tanpa pemandu yang membawa peluru berpandu dan menyerang kawasan yang di syaki terdapatnya kumpulan pejuang Palestin walaupun telah termetrai
tempoh bertenang Febuari lalu.