Al-Quran di Di hina di Penjara Megiddo

Khamis , 09/06/2005 –Selasa lepas (7/5/2005) Seorang pegawai penjara di penjara Megiddo bertindak menghina al-Quran dan pergerakan Jihad Islami menyeru kepada seluruh umat Islam supaya menyatakan kemarahan terhadap tindakan tersebut.

“Kami sama sekali mengutuk keras akan tindakan kebinatangan menghina al-Quran, kitab suci umat Islam” , salah satu kenyataan pergerakan itu Selasa semalam.

“Tindakan ini mengingatkan kami akan sejarah
Zionist-American lakukan terhadap Muslim di penjara Guantanamo”, tambahan kenyataan tersebut.

“Mereka telah melepasi had dengan tindakan ini, dan kami dari pergerakan Jihad Islami menyatakan sokongan terhadap mogok lapar banduan Palestin di penjara Megiddo lantaran isu ini”