24 Rakyat Palestin Ditangkap

Jumaat , 10/06/2005 –Seramai 20 orang Palestin ditangkap di Al-Quds, manakala 4 orang lagi ditangkap di Jenin. Penangkapan mereka berdasarkan atas alasan-alasan yang tidak masuk akal.

Seperti yang dikeluarkan oleh Markaz filistini lili?lam, dalam rangka menakut-nakutkan rakyat Palestin yang menghalang Yahudi daripada memasuki masjid Al Aqsa, Zionis-Israel bertindak menangkap orang ramai di Al Quds. Zionis-Israel turut melakukan penggeledahan rumah-rumah milik rakyat Palestin di sekitar masjid Al Aqsa. Seramai 20 pemuda diheret oleh Zionis-Israel untuk disoal siasat di pusat introgasi Maskubiah.