Perangi Zionis bukan bangsa Yahudi

Oleh Maszlee Malik

Dr. Yusuf Qardhawi memberi satu gambaran jelas kepada kita siapakah yang patut diperangi dalam isu Palestin ini. Beliau mengajak kita sama2 mengubah radar sensitiviti kita terhadap Zionisme yang telah sama sekali mengubah norma kehidupan manusia sehingga meletuskan malapetaka.

Dr. Yusuf Qardhawi menjelaskan bahawa kaum muslimin tidak memerangi orang-orang Israel kerana mereka beragama Yahudi. Tetapi adalah kerana mereka merampas tanahair bangsa Palestin, menumpahkan darah kaum muslimin dan menodai kesucian masjid serta gereja yang menjadi tempat suci bagi kaum muslimin dan Nasrani. Dalam program Syariat Wal Hayat yang disiarkan oleh rangkaian TV Al-Jazeera pada 2.6.2002, Qardhawi menyatakan,”Kami tidak memerangi Israel kerana mereka orang Yahudi. Tapi kerana mereka merampas tanah kami, membunuh kami, dan mengotori tempat suci kami”.

Ia menambah bahawa kaum muslimin tidak memerangi Yahudi kerana alasan kepercayaan Yahudi, bukan kerana mereka keturunan bangsa Semit, kerana kami juga adalah keturunan Semit. “Mereka adalah saudara-saudara keturunan kami juga, tapi mereka merosak kehormatan kami”, kata Qardhawi.

Permusuhan terhadap Yahudi, tambah Qardhawi, seperti disebutkan Al-Qur’an bukan seruan untuk memerangi mereka. Menurut Qardhawi, apa yang dinyatakan dalam Al-Qur’an adalah petunjuk dan pengenalan ta biat serta moral kaum Yahudi agar kaum muslimin mewaspadai mereka.

Orang Yahudi, tambah Qardhawi, dalam pandangan kaum muslimin lebih baik dari kalangan agama lain. Dalilnya adalah bahawa Islam membolehkan kaum muslimin dalam keadaan normal untuk menikahi mereka atau mencadang mereka sebagai wakil dalam pemerintahan, kerana mereka adalah ahlul kitab.

Bukan semua Yahudi berfahaman Zionis bahkan ada kalangan mereka memerangi Zionis


“Kami di Palestin tidak memulai perang melawan Israel. Tapi mereka yang mem ulai perang terhadap kami dan mengusir kami dari tanahair kami. Dan kerana itulah, intifadhah Palestin dan aksi-aksi perjuangan yang dilakukan adalah untuk membalas permusuhan dan perang yang mereka lakukan secara terus menerus.”

Qardhawi mengajak seluruh umat Islam untuk menghilangkan keraguannya dalam membantu bangsa Palestin yang terjajah. Menurutnya berbagai informasi sekarang menonjolkan isu bahawa bantuan kepada bangsa Palestin tidak akan sampai pada mereka tapi justeru akan sampai pada Israel.

Zionisme adalah virus utama dunia

Penggumpulan dana untuk Palestin harus terus dilakukan, ujar Qardhawi. Setidaknya itulah tindakan minima yang dilakukan oleh kaum muslimin, termasuk langkah pemboikotan semua produk Israel.

Dalam kesempatan ini, Qardhawi kembali menegaskan bahawa pemboikotan ekonomi terhadap Israel adalah kewajiban setiap muslim. “Tidak memboikot Israel bukan hanya haram tapi merupakan dosa besar yang berlawanan dari segi syariah Islam dan termasuk kesalahan bagi kelompok yang membuat dalih mereka untuk mendapat keuntungan dari PM Ariel Sharon”, kata Qardhawi.

Qardhawi menutup pembicaraannya dengan mengatakan bahawa kaum muslimin di saat ini mengalami kelemahan dari aspek media massa. Sementara orang-orang Zionis mampu memutarbelitkan fakta dalam berita yang mereka sebar luaskan ke seluruh penjuru bumi.

Qardhawi mengatakan, “Orang-orang Zionis ingin memberi pemahaman pada orang AS bahawa orang-orang Zionis adalah kaum lemah yang menjadi mangsa orang-orang Arab. Mereka berharap mendapat sumbangan jutaan dolar dari AS”.