Bardawil : Negara-negara Arab campur tangan untuk aktifkan semula perpaduan.

Selasa , 02/03/2010 – Dr. Salah Al-Bardawil, jurucakap komuniti Parlimen Hamas berkata bahawa Hamas telah meminta campur tangan beberapa negara-negara Arab untuk bersama Mesir menghidupkan semula perbincangan ke arah perpaduan Palestin.

Beliau berkata lagi dalam satu kenyataan media pada Ahad lepas bahawa Hamas telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Arab Saudi, Libya dan Syria dengan harapan inisiatif ini mendapat perhatian mereka bagi mengakhiri kebuntuan serta akhirnya mencapai perpaduan negara yang diimpikan.

Dalam isu yang lain pula, Bardawil menafikan laporan media Israel yang menyatakan ahli Biro Politik Hamas, Dr. Mahmoud Al-Zahhar telah menarik diri daripada perbincangan pertukaran tahan penjara disebabkan percanggahan pendapat dengan Khaled Mishaal, Ketua Biro Politik Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa