Duweik kutuk pembatalan Sidang tergempar Dewan Perundangan Palestin.

Selasa , 02/03/2010 – Dr Abdul Aziz Duweik mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menghalang wakil-wakil rakyat daripada memasuki bangunan Majlis Perundangan Palestin bagi mengadakan sidang tergempar di Gaza dan Ramallah pada hari Isnin (1/3) bagi membincangkan tentang pencerobohan pihak Zionis terhadap tanah suci, sambil menegaskan bahawa segala langkah yang diperlukan perlembagaan telah diambil bagi mengadakannya.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di bandar Ramallah, selatan Tebing Barat, Duweik menegaskan bahawa pihak yang tidak mahu melihat Majlis Perundangan bersatu telah menggagalkan sidang tergempar tersebut. Beliau juga mengatakan bahawa pihak yang menggagalkan sidang tersebut adalah pihak yang tidak prihatin terhadap isu al-Quds dan terhadap pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Zionis, bahkan mereka juga tidak prihatin terhadap isu Palestin itu sendiri.

Beliau seterusnya menambah: “Pada hari ini, anda tahu siapakah sebenarnya yang tidak mahu berdamai dan tidak mahu mengaktifkan Majlis Perundangan Palestin, dan siapa yang tidak prihatin terhadap isu al-Quds, al-Aqsa, masjid al-Ibrahimi, masjid Bilal dan tanah suci yang lain.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir