Abu Zuhri, Qassem kutuk Fatah halang sidang Parlimen.

Rabu , 03/03/2010 – Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, pada hari Isnin, mengutuk Fatah kerana menghalang sidang Parlimen Palestin daripada bermula di Ramallah.

Dalam satu kenyataan akhbar beliau berkata bahawa tindakan Fatah itu merupakan bukti utama Fatah tidak menghormati prinsip demokrasi dan mengadakan sekatan ke atas Hamas dan ahli parlimennya. Apa yang dilakukan oleh Fatah menunjukkan demokrasi yang tidak adil dan hanya Fatah yang mahu menang dan jika orang lain menang maka Fatah bekerjasama dengan musuh untuk memusnahkan keputusan tersebut.

Manakala Dr. Abdul Sattar Qassem, Professor Sains Politik di Universiti Najah di Nablus berkata pemimpin Ramallah mengutamakan kepentingan diri dan ahlinya daripada kepentingan tempat suci dan kesemua rakyat Palestin.

Beliau menambah lagi militia Abbas yang menghalang sidang itu berlangsung telah memberi sokongan dan lampu hijau kepada Israel untuk meneruskan usaha merobohkan Masjid Al-Aqsa dan tempat suci yang lain.

Qassem berkata kumpulan politik lain pula yang tidak hadir hanyalah merupakan burung kakaktua yang mengikut telunjuk kepada tuan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

2 thoughts on “Abu Zuhri, Qassem kutuk Fatah halang sidang Parlimen.

  1. “Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, pada hari Isnin, mengutuk Hamas kerana menghalang sidang Parlimen Palestin daripada bermula di Ramallah.”

    mengutuk Hamas? typo ke?

Comments are closed.