Israel menyerang Syeikh Jarrah untuk merebut tanah.

Rabu , 03/03/2010 – Pekerja Israel yang berada di bandar Baitulmaqdis menyerang Syeikh Jarrah hari ini.¬†“Sebilangan besar Pegawai Kerajaan Israel menyerbu kawasan kediaman Syeikh Jarrah pagi ini, mengukur tanah yang dimiliki oleh Kamal Ebedat dan mengambil gambar,” kata Jmal Ataia, seorang aktivis di persekitaran Syeikh Jarrah.

Minggu lalu, Israel menyatakan hasratnya untuk merampas tanah yang dimiliki oleh Kamal Ebedat, walaupun beliau mempunyai dokumen yang membuktikan pemilikan tanah tersebut. Mereka bercadang untuk membina parkir untuk penduduk disitu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul