UNRWA paksa pelajar Gaza lawat tugu Holocoust.

Khamis , 04/03/2010 – Agensi Bangsa Bersatu bagi Bantuan dan Pekerjaan Pelarian Palestin (UNRWA) memaksa kanak-kanak Palestin melawat tugu peringatan Holocoust di Amsterdam, semasa satu lawatan ke Belanda yang diatur oleh agensi berkenaan bagi para pelajar cemerlang.

Wartawan Pusat Media Palestin memetik daripada beberapa sumber khas di Gaza pada hari Selasa (2/3) bahawa beberapa orang pegawai di UNRWA telah meminta kumpulan pelajar terbabit yang terdiri daripada pelajar yang cemerlang yang dipilih oleh agensi tersebut untuk turut serta dalam beberapa aktiviti, untuk turut melakukan lawatan ke tugu peringatan Holocoust.

Sumber itu juga menyebut bahawa kanak-kanak tersebut enggan memenuhi permintaan itu menyebabkan para pegawai terbabit melakukan ugutan akan memecat para guru pengiring jika para guru tidak berjaya memujuk pelajar mereka untuk melakukan lawatan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir