Israel buka 2 pintu sempadan Gaza.

Khamis , 04/03/2010 – Penjajah Israel pada hari Selasa telah membuka 2 pintu sempadan Karem Abu Salem dan Al-Montar bagi membolehkan bekalan makanan dan bahan api yang terhad di bawa masuk ke Gaza.

Raed Fattouh, pegawai sempadan Palestin, berkata penjajah Israel telah membenarkan 93-103 buah trak yang membawa bekalan dan bahan-bahan komersil dan pertanian termasuk dua buah trak yang membawa bekalan kertas untuk Syarikat Telekomunikasi Palestin melalui Karem Abu Shalem.

Bekalan bahan api yang terhad bagi tujuan memasak dan stesen tenaga Gaza juga dibenarkan masuk dimana Gaza menghadapi gangguan elektrik 8-12 jam sehari. Suheil Sheik, Pengurus Besar GEDCO, meminta semua wakil antarabangsa terutamanya Tony Blair agar dapat mencari penyelesaian bagi isu elektrik di Gaza.

Fattouh menambah lagi pintu sempadan Al-Montar akan dibuka untuk 110 trak yang mengandungi tepung gandum dan makanan untuk ternakan tambahan kepada 74 buah trak yang dibenarkan masuk pada hari Isnin yang membawa bekalan makanan dan bantuan termasuk 183 tan gas memasak dan 306,000 liter diesel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  anonymous