Israel bimbang Kesatuan Eropah (EU) mendekati HAMAS

Jumaat , 17/06/2005 –Kesatuan Eropah telah mengambil inisiatif yang berani dengan mengadakan perjumpaan terteutup bersama wakil-wakil HAMAS yang memenangi pilihanraya majlis-majlis perbandaran yang lalu. Hal ini telah disahkan oleh Abu Zuhir dan juga Mushir al-Masri. dalam kesempatan yang lain, AFP telah menerima maklum balas rasmi dari wakil EU berkenaan hal tersebut.

Abu Zuhri ketika ditemui oleh para wartawan di dalam sesi kenyataan akhbar berhubung perjumpaan tersebut telah mengatakan bahawa HAMAS bersedia untuk berunding dengan sesiapa sahaja kecuali dengan rejim Zionis. HAMAS juga, menurut Zuhri mengalu-alukan usaha EU yang dianggap sebagai memulakan lembaran baru dengan HAMAS untuk mengiktiraf kewujudan kuasa masa depan rakyat Palestin.

Sebelum ini, Alistair Crooke, mantan ejen Mi-6 di Timur Tengah telah menyeru EU agar mengeluarkan HAMAS dari senarai pengganas simpanan mereka. Kini EU yang yakin bahawa HAMAS merupakan kuasa sebenar rakyat Palestin dan mesti dibawa berunding, tetapi belum bersedia mengeluarkan HAMAS dari senarai pertubuhan pengganas mereka sehinggalah mereka benar-benar yakin bahawa HAMAS menolak keganasan.