Wanita Palestin menjadi pencari nafkah sewaktu zaman pendudukan.

Rabu , 10/03/2010 – Pendudukan Israel atas wilayah Palestin, dengan penutupan di merata tempat, pos pemeriksaan, serangan ketenteraan dan penangkapan, telah menhancurkan ekonomi Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Bank Dunia (WB) telah memberi amaran sejak setahun yang lalu sekiranya Israel tidak mengurangkan sekatan pergerakan dan kemasukan di Tebing Barat pertumbuhan ekonomi Palestin akan semakin memburuk. Berdasarkan laporan “Checkpoints and Barriers: Searching for Livelihoods in the West Bank and Gaza, Gender Dimensions of Economic Collapse.” yang dikeluarkan oleh Bank dunia pada bulan Februari lepas, menghuraikan pendudukan Israel telah memberi kesan ke atas kewangan dan kaum wanita secara khususnya.

sumber : http://electronicintifada.net/v2/
penterjemah : rohiez