Amir, 10, diculik tentera Zionis dari bilik tidur.

Rabu , 10/03/2010 – Amir al-Mohtaseb tersenyum manis apabila saya bertanya akan warna kegemaran beliau. Sambil duduk di ruang tamu rumahnya tengahari Khamis yang lalu, 4 Mac, di bandar lama Hebron, kanak-kanak sepuluh tahun yang bebulu mata panjang dan muka yang berbintik-bintik merah menjawab lembut, “Hijau.” Dia kemudiannya menceritakan secara terperinci kejadian dia ditangkap dan ditahan — dan abangnya Hasan, 12, yang dipenjarakan oleh tentera Zionis pada hari Ahad, 28 Febuari.

Beberapa jam selepas temubual kami, pada jam 2 pagi, tentera Zionis memecah masuk rumah tersebut dan menculik Amir dari bilik tidurnya, sambil mengugut untuk menembak mati ibu bapanya jika mereka cuba untuk melindungi beliau, dan membawa Amir ke tingkat bawah di bawah tangga. Disitu, dia dipukul teruk sehingga mengalami pendarahan dalaman di bahagian perut, yang memerlukan rawatan di hospital semalaman. Dalam ketakutan dan kejutan, Amir diam membisu untuk sehari setengah.

Menurut temubual tengahari itu sebelum serangan ganas, Amir menyatakan pada 28 hb, dia sedang bermain di jalan raya sekitar Masjid Ibrahimi, dalam perjalanan untuk berjumpa ibu saudaranya bersama Hasan.

sumber : http://electronicintifada.net/v2/
penterjemah : aznil