Abu Zuhri: Pertemuan Abbas-Michael sebagai permulaan perundingan.

Rabu , 10/03/2010 – Pimpinan HAMAS, Sami Abu Zuhri menegaskan, pengumuman Zionis-Israel yang akan membangunkan 112 unit penempatan di Betar Eliat, dan juga kunjungan George Michael ke kawasan itu. Dengan itu, terbukti politik Amerika masih mendokong dasar-dasar Zionis-Israel. Abu Zuhri menegaskan pertemuan pimpinan Fatah dengan Michael itu sebagai permulaan rundingan dengan Zionis-Israel. Ini jelas membuktikan kejhatan politik Fatah dan Amerika.

Fatah terus berminat untuk berunding dengan Zionis-Israel bertujuan mengekalkan kedudukan Fatah kerana dengan perundingan tersebut, Fatah akan terus di bela oleh Zionis-Israel.

HAMAS berkeras menegaskan komitmen mereka untuk tidak membuat rundinagan dengan Zionis-Israel dan terus dengan aspirasi dan kemahuan rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif