Seorang Yahudi Mati Dalam Serangan

Selasa , 21/06/2005 –Seorang rakyat Yahudi mati dan seorang lagi cedera parah apabila kenderaan mereka diserang oleh pejuang Palestin di sebelah utara Tebing Barat.

Seperti yang dikeluarkan oleh Markaz filistini lili?lam dan QudsPress, sumber-sumber tentera Zionis-Israel menyebutkan, pejuang Palestin menyerang sebuah sebuah kereta Israel yang dinaiki dua orang Yahudi di sebatang jalan yang menghubungkan penempatan Yahudi Haramisy dan Baqah timur, Tebing Barat.

Tembakan yang dilepaskan oleh pejuan Palestin itu mengenai tangki minyak menyebabkan kereta itu terbakar. Selepas kejadian itu, tentera Zionis-Israel melakukan operasi mencari pejuang Palestin. Sumber radio Zionis-Israel, menyatakan pejuang Palestin itu merupakan salah seorang Brigade Al Quds, sayap ketenteraan Jihad Islami di Tulkarem. Allahuakbar!