Tembok Rasial dibangunkan, Israel Robohkan 3 Rumah di Hebron

COMES: Hebron ? Tiga rumah milik Palestin dihancurkan oleh tentera Israel di wilayah Arab Ramaden, sebelah selatan Hebron kerana akan menghalang pembangunan tembok rasial Israel.

Sumber tempatan menyebutkan kepada Markaz filistini lili?lam, dengan tank dan kenderaan jentera berat, askar Israel menghadang dan meroboh rumah di kawasan wilayah tersebut.

Ketiga-tiga rumah yang dihancurkan Israel tersebut telah diduduki selama 10 tahun oleh tiga keluarga dengan 30 orang. Sebab utama ketiga-tiga rumah itu dihancurkan adalah semata-mata niat Israel ingin mendirikan tembok rasial.

Ketiga rumah ini milik tiga bersaudara; Ibrahim al Musamirah (dengan 15 orang), Shalah Muhammad Al Musamirah (dua tingkat dan 8 orang) dan Ismael Muhamad al Musamirah.

Sumber itu juga menyebutkan, selama tiga bulan yang lepas, askar Israel telah menghancurkan sejumlah rumah di wilayah Arab Ramaden dan mengancam penduduk untuk dihancurkan rumah mereka kerana Israel menganggap rumah mereka sebagai bangunan yang menyalahi undang-undang. (ATB)

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.