Zionis puji peranan pihak keselamatan Abbas di Tebing Barat.

Rabu , 17/03/2010 – Kerajaan Zioins-Israel hari ini memuji Mahmod Abbas di atas pihak keselamatann tajaannya yang banyak menangkap ahli HAMAS. Dengan adanya pihak keselamatan Abbas ini, banyak membantu Zionis-Israel dalam berdepan dengan HAMAS. Seorang komander Zionis, Jeneral Evi Mezrahi menyatakan peranan pihak keselamatan Abbas memberi kesan yang signifikan.

Pihak Zionis-Israel tidak akan membiarkan HAMAS kembali menguasai Tebing Barat. Dalam satu laporan, Jeneral Evi menyatakan pihak keselamatan Abbas menyumbang dan membantu Zionis sebanyak 45% dalam berdepan dengan HAMAS.

Saat ini, lebih 800 orang ahli HAMAS berada dalam tahanan pihak keselamatan Abbas.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

2 Comments
  1. pujian yang menghiris hati umat Islam yg mendokong gerakan Islam.Bolehkah kita bersatu walaupun sesama bangsa dan agama andai ini yang ‘dihidangkan’ oleh saudara seagama (fatah) yg diharap untuk mengembalikan kegemilangan ummah? masalah FATAH dan HAMAS bkn sekadar perebutan kuasa politik tetapi masalah keyakinan beragama.

Comments are closed.