Hari Marah: Intifadah (kebangkitan) meletus di bandar al-Quds

Ahad, 21/03/2010 – Ratusan penduduk dalam bandar al-Quds menunaikan solat subuh Selasa lepas bersebelahan Masjid al-Aqsa, atau lebih tepat di sisi pintu al-Asbat, setelah pihak keselamatan Zionis menghalang sesiapa yang berumur kurang daripada 50 tahun daripada bersembahyang di dalam Masjid al-Aqsa.

Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa berkata dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa pihak keselamatan Zionis menceroboh orang yang sedang sembahyang selepas solat subuh hari Selasa (16/3) menyebabkan beberapa pertempuran berlaku berdekatan dengan pintu al-Asbat, al-Isawiyyah dan perkhemahan Sha’fat.

Pusat Media al-Quds menegaskan beberapa pemuda membakar tayar kereta menyebabkan beberapa pertempuran di sana-sini kerana membantah pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir