Rakyat Israel Mati Semalam

Isnin, 27/06/2005 – Menurut sumber Israel, penduduk Isreal yang tercedera dalam operasi bersenjata yang disertai oleh Briget Quds, sayap tentera Islamic Jihad dan Briget Syuhada Aqsa, sayap tentera Fatah, telah dilaporkan mati Ahad lepas.

Lelaki muda tersebut dilaporkan mati di Hospital Soroka dekat Bandar Beer Sheba di mana dia mengalami kecedaraan di dalam serangan tersebut yang dilakukan oleh elemen kebebesan, di dalam serang balas terhadap serangan tentera Israel dan penahanan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin yang tidak bersalah Jumaat lepas, menurut satu sumber.

Elemen penentangan Palestin melepaskan tembakan ke atas penduduk Israel berdekatan penempatan Israel Hagai, yang didirikan di atas tanah yang dirampas berdekatan daerah Al-Khalil.

Seorang penduduk mati ditempat kejadian dan empat yang lain dilaporkan cedera. Sementara itu, berpuluh perampas Hagai telah meletakkan batu sempadan di kawasan penempatan baru berdekatan dengan tempat penempatan mereka dalam usaha menukar kawasan tersebut menjadi kawasan penempatan sepenuhnya.

Sementara itu, Menteri Israel berkata bahawa kerajaannya sepatutnya tidak menyerahkan kuasa keselamatan Bandar Bethlehem kepada PA disebabkan oleh operasi Beit Hagai.