Eva Bartlett mengikut jejak Rachel Corrie.

Ahad, 21/03/2010 – Hari ini adalah ulangtahun ke tujuh kematian Rachel Corrie, sukarelawan 23 tahun Pergerakan Solidariti Antarabangsa (ISM) yang dilanggar jentolak Israel ketika dia cuba menghentikan pemusnahan sebuah rumah di Semenanjung Gaza. Ibubapanya, Cindy dan Craig Corrie, masih merjuang supaya kerajaan bertanggungjawap, dan berada di mahkamah Israel minggu ini dengan kes sivilnya.

Bagi ramai di Gaza, Rachel adalah wirawati…wanita muda yang dianggap “Warga Palestin” walaupun berketurunan Amerika. Tetapi, walaupun Rachel menonjol kerana dia bayar harga tertinggi untuk mempertahankan komitmennya terhadap keadilan, terdapat juga yang lain datang sebelum dan selepas – hanya beberapa yang mencapai status “lagenda” kerana ketahanan dan dedikasi . Satu daripadanya adalahEva Bartlett, 33-tahun sukarelawan ISM yang memasuki Gaza menggunakan bot pemecah kepungan pada November 2008 — hanya sebulan sebelum Israel melancarkan serangan kejam 22 hari. Lapan belas bulan kemudian, dia masih di situ.

“Gaza tidak seperti Tebing Barat, dimana tidaklah begitu sukar bagi aktivis antarabangsa yang baru untuk menyertai pasukan. Gaza adalah seperti penjara…terlalu sukar untuk seseorang masuk dan keluar,” terang Eva. Sehingga baru-baru ini, apabila “lagenda” ISM yang lain – Vittorio Arrigoni – cuba untuk masuk-semula, hanya ada tiga orang dikalangan mereka. Adakalanya, Eva adalah satu daripada 2 orang. “Gaza adalah krisis jangka-panjang – bukan tempat yang anda boleh laportugas dan lupa tentangnya. Bahkan, selepas penyembelihan tahun lalu, , Israel terus mengebom dan menyerang Gaza secara rambang. Saya tak boleh tinggalkan begitu saja.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah