Tribunal Ewa Jasiewicz dan Frank Barat Russell tentang Palestin.

Ahad, 21/03/2010 – Sesi pertama Tribunal Russell tentang Palestin (RTP) telah dijalankan di Barcelona, Sepanyol pada awal bulan ini. RTP merupakan inisiatif masyarakat menggunakan undang-undang untuk secara sistematik mengheret mereka yang bertanggungjawab ke atas kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia secara berterusan terhadap penduduk Palestin.

Kesatuan Eropah (EU) sedang menghadapi pertuduhan sekarang. Perbicaraan yang baru berlangsung selama 2 hari itu telah mendengar testimoni daripada 21 orang saksi yang kesemuanya pakar. RTP mendapati bahawa beberapa buah negara serta EU sendiri bersalah terhadap kekejaman dan salah-laku berterusan, berdasarkan undang-undang antarabangsa dan EU sendiri. Antara kesalahan yang dilakukan adalah membantu perlaksanaan jenayah apartid (pelupusan etnik) –jika diperhalusi maknanya kekejaman terhadap hak asasi pelarian yang ingin pulang serta penderaan dan pengepungan Gaza; membantu menyediakan ruang untuk melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan khususnya yang berkaitan dengan Gaza; mencabul hak-hak rakyat Palestin untuk memilih hala tuju mereka sendiri; membantu pembentukan koloni haram, penyertaan Timur Jerusalem serta perompak sumber alam semulajadi.

Mungkin kita semua telah sedia maklum tentang perkara ini, tapi bukan secara terperinci bagaimana, melalui undang-undang mana dan mekanisma apa yang akan membolehkan kes Palestin dibicarakan seadil-adilnya serta pencerobohan Israel yang berlipat-ganda.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa