Sukarelawan ISM ditembak, selebihnya ditahan di Tebing Barat.

Isnin , 22/03/2010 – Sewaktu demonstrasi mingguan dalam An Nabi Saleh di Tebing Barat, seramai 25 orang peserta telah cedera, tingkap-tingkap kereta dan rumah dengan sengaja dipecahkan dan atas sebab itu tiga telah ditahan. Sukarelawan Pergerakan Perpaduan Antarabangsa (ISM) Ellen Stark, telah ditembak pada jarak dekat (4 meter) dengan sebiji getah bersalut peluru keluli ketika beliau berdiri dengan ahli perubatan, ahli-ahli jawatankuasa terkenal dan antarabangsa lain. Pengasas bersama ISM Huwaida Arraf telah ditangkap ketika berunding dengan rejim Zionis untuk membenarkan Stark melepasi laluan tentera untuk dihantar ke hospital.

Menurut Stark, “kami sedang berdiri di tanah Palestin, memberi sokongan kepada pemilik-pemilik tanah yang telah dirampas, tetapi kami belum melakukan sebarang demonstrasi lagi. Kami berdiri bersama-sama pegawai perubatan yang turut ditembak dengan gas pemedih mata.”

Stark terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang peluru, yang telah menembusi antara ulna dan jejari tangan kanannya. Pergelangan tangannya juga patah kesan peluru tersebut. Sehingga tengahari Sabtu, waktu Palestin, Arraf masih lagi belum ditahan di penjara Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez