Wartawan Rafah, Penerima Anugerah tidak dibenarkan masuk A.S.

Isnin , 22/03/2010 – Konsulat Amerika di Belanda telah menangguhkan permohonan VISA bagi pemenang anugerah kewartawanan dan fotografi, warga palestin Mohammed Omer yang dijadualkan berucap tentang keadaan di Palestin, pada 5 April di Chicago.

Pada 2008, *Omer menjadi penerima termuda bagi anugerah berprestij Martha Gellhorn Prize bagi kewartawanan, bagi laporan langsung kehidupan dalam kepungan di Semenanjung Gaza. Nota hadiah menyebut, “Setiap hari, dia melaporkan daripada zon perang, dimana dia juga adalah tahanan. Dia turut menjadi saksi hidup kepada ketidak adilan paling dasyat ketika ini. Dia adalah suara bagi yang tidak bersuara… Bekerja sendirian di persekitaran yang amat sukar dan bahaya, [Omer ] melaporkan kebenaran yang sahih debgan fakta yang kuat.”

*Setelah berusaha untuk kembali ke Gaza berikutan daripada penerimaan Anugerah di London, Omer ditahan, disoalsiatan dan dipukul* oleh Pasukan Keselamatan Israel Shin Bet selama berjam-jam; dan akhirnya dimasukkan ke hospital kerana patah rusuk dan masalah pernafasan. Sejak itu dia tinggal di Belanda untuk meneruskan rawatan perubatan kerana masalah lanjutan kesihatannya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah