Zionis rancang ceroboh al-Aqsa untuk ibadat korban.


Khamis, 25/03/2010 – Beberapa kumpulan pelampau Zionis berazam untuk menyerbu dan mencerobohi Masjid al-Aqsa pertengahan minggu depan sempena Hari Easter Yahudi beberapa hari selepas pembukaan kuil al-Kharraq bersebelahan masjid al-Aqsa. Pada tahun lepas, beberapa orang pelampau Yahudi cuba melakukan pencerobohan tersebut tetapi berjaya dihalang oleh rakyat Palestin.

Syeikh Kamal Khatib, Timbalan Ketua al-Harakah al-Islamiyyah di tanah jajahan 1948 memberi amaran bahawa beberapa kumpulan Yahudi itu telah membuat seruan untuk melakukan pencerobohan tersebut sehari selepas pembukaan kuil al-Kharab. Mereka telah membuat permohonan rasmi kepada pihak Polis Israel untuk membenarkan mereka menyembelih binatang korban sempena hari tersebut pada 29 dan 30 Mac ini.

Beliau menambah dalam satu kenyataan kepada al-Jazeera bahawa pihak penjajah akan membenarkan kumpulan Yahudi tersebut menceroboh Masjid al-Aqsa untuk menyembelih binatang korban. Tetapi saya tegaskan bahawa kumpulan wanita yang datang dan bertahan di kawasan masjid al-Aqsa setelah kaum lelaki dihalang daripada memasukinya akan menggagalkan perancangan mereka untuk menceroboh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir dan Abu ‘Umair