Isu israel terhadap perintah pemusnahan 8 buah rumah di Baitulmuqaddis

Khamis, 25/03/2010 – Menurut beberapa sumber Palestin di wilayah penaklukan Baitulmuqaddis melaporkan bahawa dewan bandaraya Israel di bandar suci telah mengeluarkan arahan pemusnahan terhadap lapan buah rumah penduduk Palestin di persekitaran Ras Shehadeh dan Issawiya sebagai langkah awal untuk memulakan projek penempatan Shaare Hamizrah.

Sumber tersebut menambah bahawa projek penempatan ini meliputi pembangunan 2.000 unit perumahan, pusat sukan, hotel dan kemudahan pelancongan dan akan disambungkan dengan penempatan I1 dan Maale Adumim, pembangunan yang akan membuatkan Baitulmuqaddis dikelilingi sepenuhnya oleh penempatan di bahagian timur.

Projek penempatan baru ini jelas mengancam puluhan keluarga Palestin dengan perpindahan dan pengusiran dari daerah asal mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez