Daily Telegraph: Britain rancang tuduhan rasmi ke atas Mossad atas pembunuhan di Dubai.


Khamis, 25/03/2010 – Akhbar Daily Telegraph melaporkan Selasa lalu bahawa Kementerian Luar British sedang menimbang untuk membuat tuduhan rasmi ke atas pasukan perisikan Israel, Mossad, terlibat di dalam pembunuhan pegawai atasan Hamas, Mahmoud Al-Mabhouh di Dubai, Januari lalu.

Akhbar itu turut melaporkan duta Israel di London, Ron Prosor, telah dipanggil oleh kementerian tersebut pada Isnin lalu untuk dimaklumkan hasil siasatan atas pembunuhan pemimpin Hamas di Dubai yang berlaku dua bulan yang lalu.

Spekulasi kencang turut mengandaikan seorang diplomat atasan Israel akan dipecat sebagai tanda kemarahan kerajaan kerana para pemegang pasport British telah diletakan dalam risiko berikutan operasi tersebut, menurut akhbar itu lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil