Rejim Zionis menculik 20 orang pekerja dari Gaza.


Jumaat, 26/03/2010 – Tentera rejim Zionis menahan kira-kira 20 pekerja berdekatan penempatan haram Israel yang dikosongkan Dugit di utara Semenanjung Gaza, sumber tempatan melaporkan..

Sumber berkata tentera rejim Zionis daripada Unit Pasukan khas memasuki kawasan Dugit mengejar beberapa pekerja yang mengutip batu runtuhan sebelum kira-kira 20 daripada mereka ditahan dan dibawa ke lokasi tidak diketahui.

Askar rejim Zionis menyerang pekerja selepas menahan mereka, sementara ada pekerja lain yang berjaya melarikan diri, sumber menambah.Tentera Israeli memindahkan pekerja yang ditahan untuk disoalsiasat dan kemudian dibebaskan beberapa jam kemudian.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah