Lebanon Mengadu Israel ke DK PBB

COMES: Beirut ? Kerajaan Lebanon mengadu kepada DK PBB soal serangan pesawat Israel di kota Naimah, sebelah selatan Beirut, pada 7 Jun yang lepas.

Dalam satu kenyataan, Presiden Lebanon, Emil Lahud mengecam serangan Israel tersebut dan dianggap sebagai pelanggaran hak di bawah wilayah kekuasan Lebanon.

Di tempat lain, Menteri Pertahanan Israel, Shaum Mofaz justeru, seperti yang dikeluarkan dalam akhbar harian Yediot Aharaonot, menyatakan ancamannya. Beliau menegaskan, bahawa serangan ini adalah peringatan yang jelas bahawa Israel tidak akan rela dan tunduk jika wilayahnya di langgar.

Sementara wakil Menteri Pertahanan Israel, Zaiv Buyum menyatakan bahawa serangan itu sebagai bukti Israel tidak akan membenarkan Lebanon sebagai pangkalan serangan bagi kaum teroris terhadap Israel, sambung beliau.

Serangan Israel itu terjadi di kampung Naimah 20km dari ibu kota Lebanon dengan target pangkalan tentera milik sebuah kumpuan radikal Palestin yang berpusat di Damaskus. (ATB)

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.