Zionis tangkap 3 penduduk Palestin di Hebron.

Selasa, 30/03/2010 – Pada Khamis lalu, askar rejim Zionis telah menangkap seorang penduduk Kampung Dura di barat daya Hebron, Tebing Barat. Sementara 2 orang lagi telah ditangkap pada malam Rabu lepas berdekatan Al-Hram Al-Ibrahimi.

Sumber keselamatan memaklumkan agensi berita SAFA bahawa rejim Zionis menangkap Hassan Mohammed Nasr, 39 dalam satu serbuan di rumahnya di Dura. Manakala Fouad Fares Al-Qasrawi, 23 dan Saif Mohammad Al-Qasrawi, 18 ditangkap berhampiran Al-Hram Al-Ibrahimi di Hebron.

Dalam kejadian lain, Basil Faisal Al-Drabia, 16 telah dikejarkan ke hospital kerajaan di Hebron selepas dibelasah oleh IOF yang menahannya semalam. Remaja tersebut dibelasah dengan teruk sebelum dilepaskan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa