Hizbullah serang Zionis-Israel

Kafr Syuba, Lebanon , Jumaat , 01/07/2005 – TV Hizbullah menunjukkan bahawa seorang tentera Zionis-Israel terbunuh dan 5 yang lain cedera dalam satu pertempuran antara pejuang Hizbullah dan pasukan tentera Zionis-Israel di kawasan pertanian yang dikuasai Israel.

Hizbullah menyerang pos-pos tentera Zionis-Israel di wilayah tersebut dengan roket. Zionis-Israel turut membalas serangan itu. Tentera Zionis-Israel turut menggunakan pesawat pejuang bagi menyerang Hizbullah. Hizbullah menegaskan bahawa para pejuangnya menyerang 3 pos tentera Zionis-Israel di wilayah tersebut kerana kenderaan milik tentera Zionis-Israel telah berusaha melalui batas sempadan zon selamat yang di tetapkan oleh PBB.

Sebelum daripada itu, Hasan Nasrullah, Setiausaha Agong Hizbullah menegaskan bahawa pihaknya memiliki lebih dari 12 roket yang mampu menghancurkan semua wilayah utara Israel. Namun beliau menegaskan tidak akan menggunakan senjata-senjata itu kecuali untuk menjaga dan mempertahan Lebanon.

Hizbullah yang mempunyai peranan besar dalam mengakhiri penjajahan Zionis-Israel terhadap Lebanon yang berlansung selama 22 tahun di kawasan Lebanon selatan. Namun demikian, wilayah-wilayah pertanian rakyat Lebanon masih berada dalam kongkongan penjajah Israel.