12 Aktivis ditahan askar Israel di Bethlehem.

Rabu, 31/03/2010 – Hari ini 12 orang penunjuk perasaan telah ditahan oleh pasukan pengganas Israel dalam satu demonstrasi yang melibatkan hampir 100 orang Palestin dan aktivis berhaluan kiri Israel berhampiran Bethlehem.

Demonstrasi tersebut telah dihentikan oleh tentera Israel manakala penunjuk perasaan yang lain telah dihalau menggunakan kekerasan keluar dari kawasan tersebut. Hampir 100 aktivis telah meninggalkan kawasan Beit Jala untuk menyertai perarakan sempena cuti Passover dan Easter bagi menyahut seruan kerjasama antara agama.  Penunjuk perasaan dari Palestin tiba di Bethlehem dengan menggunakan bas, berhimpun dan mula berarak dengan berjalan kaki.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  Bob