Sharon vs Netanyahu ?

Isnin , 04/07/2005 – Kerajaan Rejim Zionis semalam telah menolak cadangan oleh salah seorang menteri
untuk menangguhkan pelaksanaan proses pengunduran yang di rancang bermula dari Jalur Gaza.

19 menteri mengundi menentang cadangan tersebut dan hanya 3 menteri dari parti Likud menyokong
termasuk menteri kewangan, Benyamin Netanyahu.Undian ini menunjukkan ketegangan dalaman
antara Sharon dan Netanyahu apabila Sharon
mengancam untuk memberhentikan Netanyahu jika
tidak menghadiri proses pengundian Knesset.

Walau bagaimanapun, Netanyahu tetap berdegil
atas alasan penduduk Yahudi tidak di beri
pampasan yang setimpal.

Para pemerhati politik berpendapat tindakan Netanyahu ini berunsur politik dan idealogi.
Pihak keselamatan Israel memberi amaran bahawa
penduduk Yahudi akan menyerang orang Islam,
masjid dan rumah kediaman agar proses pengunduran tidak di laksanakan.