Sheikh Salah Di halang Memasuki Jerusalem

Jerusalam , Selasa , 05/07/2005 – Pihak berkuasa Zionis telah menghalang pemimpin Islam Sheikh Ra’ed Salah yang ditahan dari memasuki Jerusalem masjid al-Aqsa, menurut sumber Palestin dan Israel hari ini.

Menurut sumber tersebut subkomiti mahkamah telah memutuskan pada minggu lepas untuk mengenakan sekatan kepada Salah untuk memasuki Jerusalam selepas pembebasannya dari penjara berkuatkuasa 18 Julai ini.

Salah telah dipenjarakan selama 30 bulan kerana didapati bersalah memberikan bantuan kepada keluarga miskin di Semenanjung Gaza dan Tebing barat.

Namun begitu, sebab sebenar sekatan tersebut ialah kerana kaitan beliau dengan Masjid al-Aqsa, masjid ketiga tersuci di kalangan umat Islam.

Salah telah memberikan amaran kepada Muslim seluruh dunia mengenai plot konspirasi berterusan oleh yahudi ekstreme yang mahu memusnahkan tempat-tempat suci orang Islam di Jerusalem terutamanya Masjidil Aqsa.

Salah dengan lantangnya mengutuk keputusan sekatan itu dan menyatakan ia sebagai disengajakan dan tidak adil

“Ini menunjukkan bahawa masjidil Aqsa sememangnya di dalam bahaya sepertimana yang saya katakana sebelum ini ” katanya seperti yang dinyatakan melalui peguam beliau.