Ahli Knesset mengesahkan penghinaan Al-Quran berlaku di Penjara Megiddo

Gaza , Selasa , 05/07/2005 – Ahli Knesset mengesahkan sebanyak 2 buah naskah Al-Quran telah dikoyakkan sebagai tanda penghinaan oleh polis Israel selepas mereka menyerbu Penjara Megiddo.

Perbuatan tersebut merupakan satu perkara yang luarbiasa dan polis Israel perlu berhati-hati di masa hadapan untuk mengelakkan sebarang perkara buruk terjadi akibat tindakan mereka itu. Ahli Knesset mendesak Kementerian Dalam Negeri untuk memperbetulkan perbuatan mereka itu dengan memohon maaf dan membayar ganti rugi kepada seorang ahli Knesset Arab Abdul Malik al-Dahamisha di atas salah laku terhadap beliau dipenjara dan mengoyakkan Al-Quran di depan mata beliau.

Menteri Dalam Negeri Israel, Gideon Ezra menolak dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

Dalam masa yang sama, seorang tahanan penjara berumur 13 tahun, Nidhal Salami, telah mengalami deraaan seks oleh para penyiasat Israel di penjara Israel, demikian dilaporkan olek Kelab Penjara Palestin. Mereka memaksa Nidhal untuk mengaku membaling batu terhadap askar Israel dan deraan yang tidak berperikemanusiaan itu telah menyebabkan Nidhal mengalami kesakitan yang serius diseluruh badannya.

Keadaan penjara Israel yang daif, seperti kurangnya pemanas, kotor, juga telah menyebabkan ramai tahanan Palestin menghadapi masalah-masalah kesihatan. Masalah mereka ditambah lagi dengan layanan buruk yang mereka terima dari penguasa penjara. Pihak penjara tidak bekerjasama dalam memastikan kesihatan dan

Pihak penjara tidak bekerjasama dalam memastikan kesihatan dan kebajikan tahanan Palestin dijaga tetapi semakin memburukkan keadaan mereka, demikian laporan Kelab Penjara Palestin. Bahkan mereka mengurung berpuluhan tahanan dalam bilik gelap dan menghalang lawatan daripada sebarang pihak mahupun saudara mereka.