Rumah Di Roboh Lagi !

Rabu , 06/07/2005 – Pihak berkuasa rejim Zionis semalam telah memusnahkan sebanyak 18 buah rumah rakyat palestin disebuah perkampungan Beit Furik berhampiran Nablus.

Sumber Palestin berkata, tentera penakluk Yahudi telah meruntuhkan dan mengebom rumah-rumah tersebut pada tengahari selasa, dengan mendakwa rumah-rumah tersebut dibina tanpa lesen yang sah.

Penduduk Palestin, walaubagaimana pun, menggelar perbuatan tidak bermoral perobohan secara besar-besaran itu sebagai satu perbuatan jenayah dan perbuatan berifat perkauman.

“Rumah-rumah ini telah dirobohkan hanya disebabkan ianya adalah rumah milik rakyat Palestin” Ahmed Amer berkata, salah seorang penduduk Beit Furik.

“Mereka telah merobohkan rumah-rumah hanyalah kerana disebabkan mereka mahu meluaskan lagi penempatan bagi orang-orang Yahudi di kawasan ini.

Jurucakap tentera Israel berkata, tapak-tapak rumah tersebut adalah zone tertutup bagi tentera.
Sejak 5 tahun lalu hingga ke kini, rejim Zionis telah pun memusnahkan beribu-ribu rumah rakyat Palestin di kawasan Tebing barat dan juga di Jalur Gaza.

Polisi-polisi kuku besi ini adalah bertujuan untuk melemahkan fizikal dan emosi rakyat Palestin serta menjadikan mereka tidak tahan lagi dengan kehidupan mereka.

Pihak rejim Zionis juga tidak memberikan lesen-lesen bangunan kepada rakyat Palestin di kawasan Tebing Barat yang menyebabkan bangunan-bangunan dibina tanpa lesen.