Hamas di halang untuk sertai pilihanraya

Al Quds , Khamis , 07/07/2005 – Akhbar Asy Syarq Ausath, mengeluarkan berita bahawa Zionis-Israel sedang menyiapkan satu dokumen arahan bagi memohon kepada kerajaan Palestin agar dapat menghalang Hamas daripada menyertai pilihanraya legislatif yang akan datang.

Seperti yang dikeluarkan Markaz filistini lili?lam, harian itu menyebutkan, salah seorang menteri Zionis-Israel Tesvi Leivi menegaskan bahawa kementeriannya akan menyiapkan dokumen tersebut.

Leivi menambah lagi, dokumen itu berdasarkan Perjanjian Oslo 1995 yang melarang parti atau tokoh yang menggunakan kekerasan untuk sertai pilihanraya. Leivi berkata , Hamas harus meletakkan senjata mereka dalam memperjuangkan hak dan rakyat Palestin sebelum dapat di terima untuk menyertai pilihanraya.