Rakyat Amerika Menentang Penjajahan Amerika, Israel

Washington, Jun 5 (Islamonline.net) – Beribu-ribu rakyat Amerika berarak di Washington walaupun hujan memprotes tindakan Amerika ke atas Iraq dan penjajahan Israel di bumi Arab sejak 1967.

Para penunjuk perasaan termasuk ibu dan ayah kepada para tentera yang menentang perang ke atas Iraq, berarak dari ke White House menuju ke rumah Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld.

Mereka membawa sepanduk meminta menamatkan penaklukan ek atas Palestin, Afghanistan, Iraq dan haiti.

Michael Berg, ayah kepada Nicholas Berg yang disembelih di Iraq, merupakan penyampai utama di perarakan tersebut.

“Saya berharap semua orang yang mengambil berat tentang keamanan di negara ini akan menyertai kami,” kata Berg yang mengutuk Presiden Bush sebagai “senjata pemusnah”.

Penganjur perarakan, ‘Act Now To Stop War and End Racism(A.N.S.W.E.R.)’, telah berkata di dalam laman webnya “penduduk dunia dan dunia media akan melihat pada Jun 5 ini samada rakyat berteguh menentang pentadbiran Bush yang bersifat keganasan.

Mereka memberi amaran jika tidak bertindak sekarang maka penduduk Iraq akan dibunuh untuk bertahun lamanya.

Penganjur menekan lagi bahawa dulu di Vietnam pembunuhan dan penyembelihan berterusan bertahun lamanya selepas pengubal polisi US tahu bahawa mereka tidak boleh mengalahkan Vietnam secara berperang.

Para penunjuk perasaaan menekan akan kepulangan tentera Amerika terutamanya selepas kegagalan menemui senjata pemusnah yang diwar-warkan dahulu sebagai alasan utama menceroboh tanah arab.

“Kami akan berarak menuntut penamatan pencerobohan yang telus dan benar ke atas Iraq, dengan membawa kembali askar Amerika dan semua askar asing di Iraq,” kata ANSWER sebelum berarak.

Kumpulan itu mencela rancangan peralihan kuasa pada Jun 30 sebagai satu propaganda mengaburi pandangan manusia untuk menunjuk bahawa keadaan semakin baik.”

“Peralihan kuasa itu hanyalah daripada satu pentadbir US, L. Paul bremer, kepada John Negroponte, duta Amerika baru ke Iraq.”

ANSWER berkata lagi dalam satu pungutan awam di US dan di seluruh dunia, semakin ramai orang yang menentang terhadap peperangan sehinggakan pentadbiran Bush cuba memesong rakyat dengan rancangan peralihan kuasa ini.

Hanya tinggal tiga setengah minggu sahaja lagi untuk Jun 30, kumpulan ini berharap perarakan ini akan menjadi satu cabaran hebat dari seluruh rakyat kepada pentadbiran Bush dan terhadap rancangannya untuk pencerobohan berterusan ke atas tanah arab.

Menteri Luar Iraq Hosyar Zebari menegaskan, Khamis Jun 3, bahawa resolusi US-British tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada Iraq selepas Jun 30 ini atau mereka tidak boleh berkata dua tentang kehadiran tentera US di negara yang kaya minyak itu.

Setiausaha US CollinPowell berkata bahawa kerajaan sementara Iraq itu perlu memberi sebahagian daripada kuasanya kepada tentera penceroboh.

Para penunjuk perasaan juga membantah sekeras-kerasnya penderaan ke atas tahanan Iraq oleh tentera Amerika di mana Rumsfeld mengaku bertanggungjawab.

Skandal penderaan itu didedahkan kepada dunia pada April 29 oleh rangkaian berita CBS memaparkan gambar penderaan ke atas tahanan secara fizikal dan seksual oleh tentera Amerika.

Para tahanan Iraq yang dibebaskan dari Penjara Abu Gharib pada hari Jumaat May 14, menggesa untuk masyarakat antarabangsa untuk memberkas Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld dan dibicarakan diatas tuduhan perderaan tersebut.

Majalah American New Yorker mendedahkan pada Ahad Mei 16 bahawa Donald Rumsfeld telah merestui penderaan ke atas tahanan Iraq.

Penganjur memilih tarikh Jun 5 sebagai hari berarak sempena memperingati 37 tahun Israel menceroboh Tebing Barat dan Gaza pada 1967.

“Kami mendengar suara para pejuang Palestin yang kini kehilangan anak mereka yang ditembak dan rumah mereka yang diroboh sementara kekejaman yang disokong oleh US ini meningkat.” kata ANSWER sebelum berarak.

“Kami akan berarak untuk menuntut penamatan ke atas pencerobohan Palestin, menyokong perjuangan rakyat Palestin termasuk hak mereka untuk kembali ke tanah asal mereka.”

Beribu penduduk Britain mengingati Hari Palestin Nakba pada Sabtu Mei 15 meminta kerajaan mereka memaksa menamatkan pencerobohan Israel dan menyokong segala perjuangan rakyat Palestin untuk kembali ke tanah asal mereka yang sekarang dikenali sebagai Israel.

Demonstrasi yang sama dia adakan di San Francisco dan Los Angeles.

“Kita harus menarik balik Statue of Liberty sehingga kita bersedia untuk menerimanya semula,” kritik penunjuk perasaan San Francisco Liam Curry, 39, dari Veterans of Peace.

“Rakyat Iraq sedang dibunuh disebabkan satu penipuan,” kata Curry yang telah menjalani khidmat tentera laut selama 6 tahun dan sedang memakai topi tenteranya.

Rakyat Islam dan komuniti Arab terlibat sama dalam perarakan ini di mana mereka sedang dianiaya disebabkan penindasan ke atas program sosial mereka.

“Pentadbiran Bush melancarkan perang ke atas rakya di sini, menyerang hak awam atas nama perang terhadap keganasan.”

“Dalam masa yang sama, berbillion dollar sedang dibelanjakan untuk perang dan para kontraktor perang sedang pentadbiran sedang memotong perbelanjaan kritikal untuk pekerjaan, pelajaran, perumahan, kesihatan dan lain-lain program penting.”

dipetik dari Islamonline.net 7/6/2004

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.