Rakyat Palestin di langgar

Khan Younis, Khamis , 07/07/2005 – Seorang fanatik Yahudi telah melanggar dengan sengaja Jaryo Shubair, 57, semasa yahudi itu pulang ke penempatan haram Israel di Gush Katif menyebabkan kecederaan ke atas tubuh yang lemah dan kecederaannya adalah sederhana dan mungkin perlu menjalani pembedahan mengikut laporan doktor.


Kejadian serangan fanatik Yahudi terhadap rakyat Palestin meningkat sejak pelan pengunduran Israel semakin hampir.

Rejim Zionis telah mengarahkan perintah berkurung di kampung Ein Al-Bedha timur bandar Toba dan menggeladah kampung tersebut. Demikian juga di Bethelem. Rejim Zionis telah menyerang kem pelarian Aida dan mendapat tentangan hebat dari penduduk Palestin di sana.

Rejim Zionis memberi alasan tindakan mereka adalah untuk melindungi para pekerja yang sedang membina tembok pemisah daripada lemparan batu penduduk Palestin.