Pakar perisik Palestin syahid

Gaza, Jumaat , 08/07/2005 – Sumber Palestin menyebutkan, seorang pakar perisik(komandan intelijen) Palestin syahid apabila jenazah beliau dijumpai di salah satu jalan. Terdapat kesan-kesan siksaan pada tubuh badan beliau.

Seperti yang dikeluarkan Markaz filistini lili?lam, sumber menegaskan komandan Abdullah Al Lauh (40) bekerja di badan intelijen Palestin dijumpai di jalan Nafq timur, Gaza. Lauh dipercayai diculik sebelum daripada kejadian itu berlaku. Ketika itu, beliau berada di hadapan hospital Dar Syifa.

Sementara itu 5 orang pemuda di Nablus yang menentang pembinaan tembok Zionis-Israel ditangkap oleh Zionis-Israel. Kejadian itu berlaku walaupun keadaan ketika itu dalam keadaan aman dan tenang. Mereka yang ditangkap adalah Hafsy (16), Nail Ahmad Hufasy (16) Rustum Abu Haija (22) Adil Fauza Al Hafsy dan Muhammad Al Hufasy (21).