HAMAS mengutuk serangan di London

Jumaat , 08/07/2005 –
Gerakan HAMAS hari ini telah mengutuk siri serangan bom ke atas orang awam di London di dalam salah satu kenyataan akhbar rasmi mereka. Menurut HAMAS, tindakan ke atas orang awam yang tidak bersalah itu merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab.

Oleh yang demikian, HAMAS menyeru kerajaan British, kerajaan-kerajaan Eropah dan barat agar mengehntikan segala usaha penjajahan dan penindasan mereka ke atas negara-negara umat Islam dan Arab, seperti di Iraq, Palestin dan Afghanistan. Keadaan yang sedemikian hanya akan membanyakkan lagi tindakan-tindakan keganasan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab.

Dalam masa yang sama, HAMAS menyeru juga umat dunia agar peka dan sensitif terhadap usaha keganasan setiap hari oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa, yang mana menurut mereka tidak kurang ganasnya dengan apa yang berlaku di London. Kedua-duanya merupakan keganasan yang perlu dihentikan.