Hanya Hukuman Ringan ?

Jerusalem – , Jumaat , 08/07/2005 – Apa yang dipanggil sebagai Mahkamah sentral di Israel pada Khamis lepas telah menjatuhkan hukuman ringan kepada tiga askarnya yang dikaitkan dengan kumpulan militant yang dipanggil pengawal sempadan kerana merompak pekerja Palestin selepas mereka di pukul pada bulan Mac tahun lepas.


Mahkamah menjatuhkan hukuman kepada ketiga-tiga mereka penjara selama 10 bulan kerana merempuh masuk ke dalam rumah di Bandar Lod, yang diduduki Israel pada 1948, dan mencuri 600 dollar daripada lapan pekerja Palestin.

Senarai pertuduhan menyebut bahawa askar-askar tersebut bermotifkan jenayah dan tidak ada kaitan dengan pekerjaan polis mereka kerana media Hebrew cuba menggambarkan kejadian tersebut sebagai satu serangan kepada pekerja haram yang menetap di Lod.

Askar tersebut mengarahkan pekerja tersebut sambil mengacukan senjata kepada mereka untuk meletakkan muka mereka di atas tanah dan kemudian menghentak mereka dengan kasut askar mereka sebelum membahagikan duit sesama mereka.

Pihak pendakwaraya meminta penjara selama 15 bulan bagi setiap pertuduh dan memulangkan duit tersebut kepada mangsa tetapi pihak pendakwa memohon mengurangkan hukuman yang dibenarkan oleh mahkamah. Banyak kejadian yang serupa dilaporkan terhadap pengawal sempadan terhadap pekerja Palestin, yang mana kebanyakan mereka dibiarkan tidak dihukum.