Kanak? Jadi Mangsa Lagi Semalam

Jumaat , 08/07/2005 – Remaja, kanak-kanak Palestin cedera dalam tembakan Israel di Rafah July 7 2005 Rafah – Tentera Penceroboh Israel (TPI) yang ditempatkan di penempatan haram Israel Morag telah membedil penempatan Palestin dengan tembakan mesingun hingga menyebabkan seorang remaja dan seorang kanak-kanak tercedera pada waktu subuh hari Khamis, sumber tempatan melaporkan.

Sameh Klab, 23, telah ditembak di dada dan
keadaannya adalah kritikal dan Bara’a Khudair, 9, ditembak di bahu kanan, demikian laporan pihak perubatan.

Dalam masa yang sama, Menteri Perang Israel,
Shaul Mofaz, mengesahkan TPI akan berada di Tebing Gaza sehingga akhir tahun 2005 dengan alasan bandar pesisir pantai Ashkelon dalam lingkungan ancaman bedilan roket pejuang Palestin dan memerlukan perlindungan keselamatan yang istimewa.

Dia berkata bahawa mereka memerlukan lebih masa untuk menguatkan pertahanan sepanjang 46 bandar Israel di utara Gaza dengan sistem pertahanan canggih untuk mengelakkan serangan Palestin selepas pengunduran mereka dan sememangnya mereka tidak dapat menyiapkannya sebelum pelan pengunduran dilaksanakan.