Aktivis Barat berarak demi Gaza

Jumaat , 09/04/2010 – Pada 30 Mac yang lalu, aktivis Barat telah mengadakan demontrasi aman bagi menentang zon penampan (tanah tanpa manusia) antara Gaza d an dengan Khan Younis di mana dua orang askar rejim Zionis telah ditembak mati pada Jumaat lepas. Askar rejim Zionis kemudiannya melepaskan tembakan amaran, menurut sumber militari Zionis itu.

Sementara keadaan menjadi kurang stabil pada minggu ini disebabkan kematian askar rejim Zionis pada minggu ini, konfrantasi seperti ini biasa berlaku, terutamanya d kawasan zon penampan yang memutuskan talian hayat rakyat Palestin. Sebagai contoh, para nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 3 batu nautika dari persisiran pantai yang biasanya hasil tangkapan adalah sangat sikit dan sering dicemari oleh sisa buangan. Laporan yang dikeluarkan oleh AP pada bulan lepas menyatakan bahawa Gaza yang dahulunya pemacu industri perikanan, kini telah menjadi pengimport ikan disebabkan kepungan oleh Zionis. Perkara yang sama berlaku kepada para petani yang mana perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kepungan itu.

Salah seorang aktivis Barat yang menyertai perarakan pada 30 Mac itu adalah Vittorio Arrigoni ataupun Vic, yang melawat pangsapuri penulis selama 3 jam pada Jumaat lepas. Vic merupakan aktivis Itali berusia 35 tahun yang merupakan anggota Pergerakan Kebebesan Antarabangsa (ISM). Beliau telah menginap di Gaza secara berkala dalam tempoh 6 tahun. Beliau telah 2 kali dipenjarakan oleh rejim Zionis dan dihantar pulang oleh Pasukan Pertahanan rejim Zionis. Pada tahun 2008, Vic dihantar pulang ke Itali oleh askar rejim Zionis dengan menaiki pesawat El Al dengan memakai tanda nama “baju busuk dan tidak berkasut”. Dalam operasi ketenteraan Zionis tahun lepas yang digelar Vic sebagai penyembelihan beramai-ramai, Vic telah menumpang ambulans untuk mendokumentasikan kedahsyatan kecederaan dan kematian yang dialami penduduk awam. Beliau melaporkan bahawa 16 orang paramedik telah terkorban dalam masa 22 hari sepanjang operasi Zionis itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa